Custom Search
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Azmin : Hasan Ali Celupar Dan Patut DiKenakan Tindakan

Perjuangan Anwar Kotor - Hassan Ali

Saya Dipecat kerana Julang Hadi Awang, Kritik Anwar - Hasan Ali

Dr Hasan Ali tempelak Anwar Ibrahim & Pas Selangor

Hasan Ali Bidas Anwar Ibrahim Di Atas Isu Gay

Monday, January 16, 2012

HASSAN ALI - MASUK PAS KERANA ISU ANWAR, DIPECAT PUN KERANA ANWAR JUGA?

English: Al Hassan ibn Ali mosque, Benghazi.Image via Wikipedia
Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK perlu rasanya Dr Hassan Ali cuba mencari alasan mengapa beliau dipecat dari PAS.  Apa pun alasan beliau, PAS kini telah melabelkan beliau setaraf dengan Zul Kulim dan Berahim alkataki, tidak kurang atau lebih dari itu.  Maka, alasan Dr Hassan Ali seperti yang beliau sebut di Malaysiakini bahawa beliau dipecat kerana DS Anwar merupakan satu alasan paling bodoh, bengap dan gelabah dari seorang Pakar Motivasi.
Semua tahu Dr Hassan Ali sertai PAS sewaktu PAS mulai merasa `kesenangan' bukan di kala PAS susah.  Isu pemecatan dan kezaliman DS Anwar, tidak seorang pun boleh menafikan membantu menaikkan sokongan terhadap PAS dan di kala itu lah Dr Hassan Ali memasuki PAS.  Di kala PAS berada di dalam keadaan `sukar' sebelum itu, Dr Hassan Ali senang lenang di bawah BTN.  Ertinya, faktor DS Anwar Ibrahim jugalah menjadi salah satu sebab Dr Hassan Ali beralih kepada PAS.  Jika beliau tidak mahu mengaku, terpulang kepadanya tetapi kita tahu Dr Hassan Ali sertai PAS ketika PAS mula mendapat sokongan ramai atas isu DS Anwar ketika itu.
Jika Dr Hassan Ali berada di dalam PAS adalah disebabkan oleh isu DS Anwar, maka kali ini beliau terpelanting dari PAS juga adalah kerana orang yang sama?  Dr Hassan Ali jangan fikir orang lain yang bukan pakar motivasi sebodoh itu untuk menerima alasan beliau dipecat.  Terdapat dua persoalan yang saya mahu ulas di dalam isu Dr Hassan Ali ini.
Pertama, beliau berkata beliau dipecat kerana DS Anwar.  Bilakah masanya pernah sepatah atau sebaris ayat yang DS Anwar memberikan bayangan agar Dr Hassan Ali disingkirkan dari PAS?  Tiada sebab DS Anwar mahu Dr Hassan Ali dipecat sedangkan perlantikan jawatan Exco Agama yang diberikan kepada beliau oleh MB Selangor dari PKR itu tidak pernah dibantah oleh DS Anwar.  Jika DS Anwar anti sangat kepada beliau, mudah sahaja, DS Anwar boleh arahkan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor melantik tokoh PAS yang lain untuk jawatan Exco Agama tersebut. 
Kedua, Dr Hassan Ali menyebut bahawa mengapa YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS dengan mencadangkan agar beliau dipecat dari PAS.  Dr Hassan Ali lupa bahawa beliau juga telah menyentuh dan memburukkan imej DS Anwar Ibrahim yang pada waktu itu sedang berdepan dengan mahkamah.  Dr Hassan Ali terang-terangan meminta mahasiswa dan orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan di mahkamah pada 09 Jan yang lalu untuk memberikan sokongan kepada DS Anwar.  Beliau turut menyatakan bahawa kes DS Anwar adalah kes atau masalah peribadi dan tiada kena mengena dengan rakyat.
Bukankah kenyataan beliau itu menghina secara peribadi DS Anwar dan para penyokongnya?  Lupakah beliau bahawa DS Anwar itu adalah Ketua Umum PKR.  Apa hak beliau untuk menghina Ketua Umum PKR?  Jika beliau tidak mahu hadir bersama anak bininya ke mahkamah pada 09 Jan yang lalu, mengapa busuk sangat hati perut beliau untuk menghasut orang lain agar tidak menyokong DS Anwar?  Maka, dengan penghinaan sedemikian rupa Dr Hassan Ali terhadap Ketua Umum PKR maka beliau mengharapkan ahli-ahli dan penyokong PKR boleh berdiam diri?
Justeru itu, amat tepat dan wajib bagi YB Azmin selaku Timbalan Presiden PKR bangun membantah dengan keras keegoan Dr Hassan Ali itu.  Jika beliau boleh hina pemimpin PKR, mengapa beliau pertikaikan YB Azmin mencampuri urusan dalaman PAS?  Pemimpin PAS tidak sebodoh Dr Hassan Ali yang, maka atas dasar Dr Hassan Ali melakukan perbuatan yang merugikan atau memalukan PAS maka beliau seharusnya dipecat.  Jika kelakuan seperti ini dibiarkan di dalam PAS, suatu hari nanti akan ada ahli-ahli atau pemimpin lain dari PKR atau DAP yang menghina pemimpin PAS pula.  Sehubungan itu, tindakan PAS ke atas Dr Hassan Ali amat tepat dan bijak.
Oleh yang demikian, Dr Hassan Ali jangan cuba untuk melindungi sifat ego, sombong dan bebal yang ada pada dirinya dengan menyalahkan orang lain.  Beliau memang tidak selayaknya berada di dalam PAS kerana beliau bukan pejuang Islam yang tulen.  Pejuang Islam yang tulen tidak mempunyai hati yang busuk dan bersifat hasad dengki.  Jika beliau sekarang ini kesempitan wang samada tidak mencukupi untuk menangung hutang atau mahu hidup mewah, tempat beliau sebenarnya adalah di dalam Umno.  Itu pun jika beliau sanggup menjadi `lembu di dalam kondo'./wfauzdin.blogspot.com
Enhanced by Zemanta

Salahuddin Ayob Akui Parasit Anwarista Punca Hassan Ali Dipecat.

Flag of the Malaysian state Selangor.Image via Wikipedia
KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak akan sama sekali membuat sebarang rayuan untuk kembali menyertai PAS setelah dipecat seminggu yang lalu.

Beliau menjelaskan, pendirian beliau amat jelas mengenai Islam akan tetapi ianya telah dikhianati oleh sekumpulan 'Parasit' dalam parti yang cuba membawa perjuangan parti luar dan menyekat objektif utama PAS itu sendiri.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” tegas beliau.

Hassan yang juga merupakan ADUN Gombak Setia telah dipecat keahlian PAS pada Ahad lalu sehari selepas beliau mengkritik tindakan Pakatan yang bakal menganjurkan Perhimpunan Bebas Anwar 901.

Sumber KL POS

GOMO: Itulah hakikat yang sebenar kita rakyat Malaysia perlu tahu. Kerana Anwar Ibrahim dan pengaruhnya maka orang yang menghidupkan Islam dalam PAS dinyahkan.

Bukan sahaja didalam PAS Parasit Anwar sudah menguasainya tetapi dalan UMNO juga ianya masih wujud dengan pelbagai nama dan gaya. REFORM sana sini hakikatnya itulah Anwarista yang kekal berjiwakan Anwar Ibrahim.

Hassan Ali tidak rugi dalam pekara ini kerana ianya telah merugikan PAS secara total. Semakin kuat desakan dari bawah yang mahukan penjelasan dari kepimpinan PAS pusat mengenai pemecatan Hassan Ali.

Hassan Ali dipecat tampa melalui proses yang seadilnya buat beliau dalam membela diri. Tidak diminta surat tunjuk sebab, tidak dihadapkan ke lembaga disiplin party sebaliknya terus dipecat bagaiman sampah.

UMNO dikatakan keji oleh pembangkang tetapi Maruah UMNO lebih tinggi dari PAS yang jelas bertuankan penyembah Dubur Anwar Ibrahim.

Renungkan lah wahai umat Islam sekalian, Anwarista ataupun Parasit akan menghantui jiwa anda bila anda gagal mengawal emosi dalam mengenal erti apa itu Islam.

Oh lupa nak khabar, awat Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob tak turun demo 901? Hehehe sampai la ni dia senyap pasal Anwar dan Hassan Ali. Ada yang tak kena ke? Huhuhu

Psssttt. . . . Haji Hadi dibutakan dengan jawatan dan wang oleh puak parasit dalam PAS.

Sumber :  http://www.papagomo.com/2012/01/salahuddin-ayob-akui-parasit-anwarista.html
Enhanced by Zemanta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...